Premium Editor: edit setiap inci tanpa kod. Halaman AI tetap boleh diubah — seret seksyen, tukar warna & gambar secara live.
Ramai ingat page janaan AI tak boleh disentuh lagi. Di Bisnes Live, setiap page datang dengan Premium Editor — kanvas live untuk anda perhalusi setiap inci.
Anda yang pegang kawalan penuh.
Tukar ayat ikut gaya anda. Ganti gambar dengan foto produk sebenar. Ubah warna ikut jenama. Semua secara live — apa yang anda nampak, itulah yang pelanggan anda nampak.
- Edit teks & headline terus atas kanvas
- Tukar gambar, ikon & video dari galeri anda
- Tukar seluruh palet warna dengan satu klik
- Set butang WhatsApp & link CTA sendiri
- Perlukan sentuhan AI semula? Magic Upgrade sedia membantu

Perlu ubah satu seksyen sahaja?
Pilih seksyen sasaran, tulis arahan anda, dan biarkan AI memperbaharui reka bentuk & copywriting bahagian itu sahaja — bukan seluruh halaman.

Kami bina ini untuk kurangkan kerja teknikal. Sales Page patut kos efektif, mudah dan pantas — bukan mahal, rumit dan makan masa berbulan.
Hi Usahawan! Kami bantu dalam masa singkat, jana halaman pernigaan anda dan mempamerkannya kepada pelanggan anda — dengan satu klik sahaja.

“Yang mahal itu MASA anda. Yang rugi itu PELUANG yang terlepas.”
Bisnes LivePrinsip asas jenama, sejak hari pertama

“Bina page jualan” tak sepatutnya jadi perkara yang susah.
Bertahun-tahun kami tengok usahawan SME Malaysia dengan produk yang bagus kalah kepada pesaing yang cuma menang satu benda — nampak profesional di internet.
Bukan sebab mereka malas. Tapi sebab membina page selama ini mahal, susah, dan lambat. Jadi kami bina satu enjin yang merubah persepsi tu terus: kos efektif, mudah, dan pantas.
Anda taip idea bisnes anda. AI akan tulis ayat jualan, susun design, siapkan gambar — dan dengan satu klik, bisnes anda terus live.

Kami bina versi pertama. Kami buang. Kami bina semula.
Versi pertama berjaya — cukup berjaya untuk menunjukkan di mana ia patah. Setiap ciri baharu ditampal atas ciri lama sampai sistem itu sendiri jadi beban. Jadi kami mula semula dari kosong: satu pangkalan data, satu bahasa reka bentuk, satu log masuk untuk semua modul.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
Peribahasa MelayuAnda tak sepatutnya pikul bisnes ini seorang diri.
Satu modul mungkin cukup buat masa sekarang. Apabila bisnes berkembang. Anda memerlukan sistem yang stabil untuk memantau perlaksanaan kerja.
Setiap pengalaman yang dikongsi pelanggan kami, jadi komen bernilai. Ciri baharu tanpa henti — naik taraf apa-apa tanpa perlu risau ketinggalan oleh ciri lama.
Domain .my sambung sendiri
Tampal nama domain, kami siapkan DNS dan SSL.
Pengurus mesej WhatsApp
Templat balasan pantas untuk pertanyaan berulang.
Editor pantas di telefon
Sunting seksyen terus dari skrin telefon.
Jawapan ringkas untuk keputusan pantas. Kalau tak jumpa jawapan, daftar minat — kami jawab dalam 24 jam.
Kami ada khidmat nasihat percuma — sesi 1-1 untuk faham aliran kerja semasa anda, terangkan modul Simple SaaS yang paling sesuai (ikut keutamaan, bukan ikut pakej), beri anggaran masa pelaksanaan & migrasi data, dan hantar nota bertulis selepas sesi. Isi borang di bawah — kami balas dalam 24 jam.
Tips bisnes, setiap Jumaat. Pendek, praktikal, tiada spam.
Bisnes Live Malaysia — struktur kukuh di bawah platform baharu BZLIVE.MY
Untuk yang buat semua sendiri.
Taklimat perundingan untuk perusahaan sederhana — bersama Pengasas Bersama & Penganalisis Sistem kami, Zamzuri Yaakob.